Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, March 23, 2014

TERIMA KASIH YB DATO' HAJI WAN KADRI WAN MAHUSAIN

SMA al-Hasanah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian YB. Dato' Haji Wan Kadri Wan Mahusain, ADUN Bukit Ibam atas kesudian YB Dato' hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMA al-Hasanah yang telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 21 Mac 2014 yang lalu.

Kehadiran YB Dato' amat bermakna bagi kami sebagai tanda sokongan YB Dato' terhadap perkembangan dan kejayaan sekolah ini.

Di dalam majlis berkenaan YB. Dato' telah menyatakan kebanggaan beliau terhadap perkembangan fizikal sekolah namun agak terkilan dengan keadaan pagar sekolah yang dianggap sudah tidak selamat dan perlu kepada penggantian segera.

Beliau bersetuju untuk membawa isu keperluan pagar ini untuk dimasukkan ke dalam mana-mana peruntukan yang sesuai memandangkan keperluannya yang agak mendesak. Beliau turut berharap agar ibu bapa dan penjaga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sekolah khususnya yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik sekolah. 

Menegaskan tentang peripentingnya mempunyai tabungan PIBG yang kukuh, beliau menyeru agar setiap ibu bapa menyumbang kepada sekolah dan tidak menganggap ianya sebagai suatu yang merugikan mereka. Ini kerana setiap sen yang disumbangkan oleh ibu bapa, sebenarnya kembali kepada kepentingan anak mereka juga. 

Beliau yakin pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mempastikan setiap kewangan PIBG dibelanjakan degan penuh berhemah demi kepentingan pelajar.

Di dalam majlis berkenaan, pihak sekolah turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada tiga orang pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 yang telah diumumkan keputusannya pada 20 Mac 2014. Adik Syarifah Noor Amanina binti Syed Mohd Aziz (7A), Che Munirah binti Abd. Rahman (4A) dan Farisya Irwayu binti Abdullah (4A) telah turut hadir di majlis berkenaan untuk menerima hadiah kecemerlangan masing-masing. Seklah mengucapkan tahniah kepada mereka.