Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, April 26, 2014

PROGRAM KHATIB MUDA DITERUSKAN LAGI PADA 2 MEI 2014 (JUMAAT)

Sekolah Menengah Agama al-Hasanah, Bandar Tun Razak, Rompin menyambung kembali Program Khatib Muda sempena Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dengan menghantar 5 orang pelajar ke masjid-masjid sekitar Felda Keratong.

Pada kali ini, pihak sekolah telah memilih lima orang pelajar untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di lima buah Masjid pada 2 Mei 2014 iaitu Masjid Keratong 1, 2, 3, 4 dan 5, sebagaimana berikut:


Bil
Nama Pelajar
Ting
Masjid
1
ABDULLAH BIN AB AZIH
5
Keratong 5
2
MUHAMMAD NIZAMUDDIN BIN MAHIR
5
Keratong 4
3
MUHAMMAD FARIS AIZAT BIN MOHD AZALI
5
Keratong 3
4
MUHAMAD MUJAHIDIN BIN  SUHAIMI
5
Keratong 2
5
MOHAMAD SHAFIZUAN BIN MOHAMAD SULAM
5
Keratong 1

Penyampaian Khutbah Jumaat berkenaan telah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Agama Islam Muadzam Shah, Rompin. Pihak sekolah akan memastikan bahawa segala peraturan dan arahan yang terkandung di dalam surat pekeliling berkaitan perkara ini dipatuhi sepenuhnya.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat menyemarakkan budaya sekolah dalam menuju visi dan misinya ke arah melahirkan bakal generasi ulamak menjelang 2016. Amin.

Tahniah kepada lima pelajar berkenaan dan diharap menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain.

Tuesday, April 15, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA FAREAST MENGISI TABUNG KECEMERLANGAN SMA AL-HASANAH 2014


Kecemerlangan sekolah menjadi fokus utama dalam persaingan dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini. Kewangan yang kukuh adalah amat penting dalam menjana kecemerlangan di samping usaha gigih dan komitmen jitu dalam kalangan guru. Kewangan yang kukuh jika dimanfaatkan dengan betul akan dapat memupuk motivasi tinggi dalam kalangan pelajar.

Justeru nasyid boleh menjadi medium yang berkesan untuk menarik perhatian masyarakat terutama dalam usaha mengutip dana, telah mendorong sekolah untuk melaksanakan usaha murni seumpama ini.

Matlamat program ini adalah untuk mengumpul dana khas sebagai pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti kurikulum, kokurikulum, pemantapan kerohanian dan disiplin murid. Ia penting demi usaha untuk mencapai kecemerlangan sekolah dalam segala aspek.

Mesyuarat JK Pelaksana program ini telah diadakan pada 15 April 2014 dan bersetuju untuk melaksanakan program ini pada hari Ahad 22 Jun 2014 nanti di Dewan Utama, SMK Keratong 2, Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang.

Selain syarikat korperat, institusi kerajaan dan swasta, ibu bapa serta orang awam juga turut serta dijemput menaja dan menjayakan program ini. Hubungi pihak SMA al-Hasanah sekiranya anda berminat menyertainya.

Kami berharap moga ianya menjadi kenyataan. Amin.

Saturday, April 5, 2014

PERATURAN MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KE ASRAMA

Timbul beberapa isu sejak kebelakangan ini berhubung jenis makanan dan minuman yang boleh dibawa masuk dan yang tidak boleh dibawa masuk ke asrama. 

Sebahagian daripada pelajar seolah tidak menghiraukan ingatan pihak sekolah agar tidak membawa makanan tertentu ke asrama dengan justifikasi yang diberikan oleh pihak sekolah. Malah terdapat segelintir daripadanya membeli dengan jumlah yang banyak dan menjualkannya pula kepada pelajar lain.

Pihak sekolah telah mengingatkan pelajar bahawa sebahagian daripada jenis makanan dan minuman yang dibawa berpotensi besar menimbulkann isu keracunan makanan, manakala sebahagiannya pula tidak sesuai dianggap sebagai makanan kesihatan dan ia bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung pemakanan sihat murid di asrama.                                                
Maklumat  lanjut sila klik di sini.........


ETIKA PAKAIAN PELAJAR LELAKI ASRAMA


Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga membantu pihak sekolah memeriksa beg pakaian sekolah anak masing-masing bagi mempastikan  pakaian yang dilarang ini tidak dibawa ke sekolah dan asrama.

Maklumat lanjut Etika Pakaian, sila Klik di sini.

Tuesday, April 1, 2014

Bekas Pengarah Pelajaran Pahang meninggal dunia

KUANTAN 1 April - Bekas Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff meninggal dunia di kediamannya di Taman Tengku Abu Bakar Fasa 2, Raub kira-kira pukul 11.45 pagi ini. 

Abdul Aziz, 62, menyandang jawatan Pengarah Pelajaran Pahang mulai 2007 hingga berpencen pada 2010.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Sains) Sultan Haji Ahmad Shah dan pernah menjadi pengetua di beberapa buah sekolah selain memegang beberapa jawatan tertinggi di Jabatan Pelajaran Pahang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Durian Sebatang, Dong, Raub selepas solat Asar. - BERNAMA


Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.


SMA AL-HASANAH UNGGULI MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON BANDAR TUN RAZAK TAHUN 2014

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kontinjen SMA al-Hasanah dalam Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Zon Bandar Tun  Razak yang telah dilaksanakan pada 1 April 2014 di SMK Bandar Tun Razak, Rompin. 

SMA al-Hasanah telah menghantar seramai 5 orang peserta yang menyertai acara Tilawah al-Quran Lelaki, Hafazan Lelaki dan Perempuan, Syarahan Lelaki dan Perempuan.

Apa yang menarik ialah semua peserta SMA al-Hasanah berkenaan telah dinobatkan sebagai johan bagi acara masing-masing. Mereka akan mewakili Zon Bandar Tun Razak ke Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Daerah Rompin yang akan diadakan pada 3 April 2014 nanti. Tahniah kepada semua pelajar berkenaan.