Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, March 10, 2014

Majlis Muafakat Ibu Bapa Penjaga dengan Sekolah

Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan pihak sekolah telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Saimon bin Siraj itu telah dihadiri oleh hampir 140 orang ibu bapa dan penjaga yang begitu teruja dengan lafaz ikrar kecemerlangan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PPMR, SMA dan SPM pada tahun ini.

Ikrar Kecemerlangan yang diketuai oleh Ketua Pelajar, adik Muhammad Faris Aizat bin Mohd Azali telah dilaungkan oleh semua pelajar dengan penuh bersemangat dan menyentuh hati hadirin. Diharap laungan ikrar yang dilafazkan itu lahir dari lubuh hati yang suci dan ikhlas dan akan menyemarakkan lagi perjuangan mereka menghadapi peperiksaan masing-masing.

Majlis muafakat diakhiri dengan sesi interaksi akademik yang memberi peluang kepada ibu bapa bertemu dan berbincang dengan guru-guru bagi mengenalpasti perkembangan anak masing-masing khusunya dari aspek akademik.

Ibu bapa yang ditemui merasa teruja dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi dari semasa ke semasa. Seorang bapa menyatkan rasa tertarikh dengan pelaksanaan program merit demerit yang dimulakan pada tahun ini dan berharap ianya dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap disiplin dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah.