Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, May 27, 2014

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014

Bahagian Hal Ehwal Murid SMA al-Hasanah mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru SMA al-Hasanah yang akan mula bercuti pada 28 Mei 2014 hingga 15 Jun 2014.

namun demikian bagi pelajar Tingkatan 1A (Tahfiz), 2A (Tahfiz), Tingkatan 3 dan 5 masih terus berada di sekolah bagi mengikuti kelas tambahan (Pecutan Awal) selama 3 hari bermula esok, Rabu 28 Mei 2014.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang masih setia dan berkobar-kobar melaksanakan kelas tambahan Pecutan Awal berkenaan. Semoga usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil.

SELAMAT BERCUTI

CUTI, CUTI JUGA...... BUKU TETAP DIBUKA!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 21, 2014

PANORAMA SMA AL-HASANAH

Lihatlah pemandangan sekitar sekolah. Walau nampak agak uzur namun semangat warganya tetap membara.
Laluan Utama dilihat dari pintu pagar sekolah

Pejabat Pentadbiran Sekolah

Lagi panorama sekolah, Klik di sini

Tuesday, May 13, 2014

MENYUMBANGLAH UNTUK DANA KECEMERLANGAN SMA AL-HASANAH

SMA al-Hasanah menjemput semua ibu bapa, bekas pelajar dan individu dermawan menyumbang kepada Dana Kecemerlangan SMA al-Hasanah. Sumbangan para dermawan semua adalah amat dihargai dan moga menjadi amal yang dilipatgandakan oleh Allah.

Thursday, May 8, 2014

DAPATKAN BORANG PENAJAAN ATAU TEMPAHAN MEJA ANDA SEKARANG

SMA al-Hasanah, Rompin akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bersama Kumpulan Nasyid Fareast pada 22 Jun 2014 (Ahad) akan datang.

Kepada yang berminat terutama ibu bapa / penjaga bolehlah mendapatkan borang penajaan atau tempahan meja sempena majlis berkenan di sini, atau menghubungi kami di alamat di bawah:

SMA AL-HASANAH
Felda Keratong 1,
26900 Bandar Tun Razak,
Pahang Darul Makmur.

Tel/Faks: 09-4458088
Email: ctf8001.smahasanah@gmail.com

PENYERTAAN ANDA AMAT BERMAKNA BAGI KAMI

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI, 

TEMPAT ADALAH TERHAD

TAHNIAH PELAJAR SMA AL-HASANAH MEMBACA KHUTBAH DI MASJID KERATONG 1, 2, 3, 4 DAN 5

SMA al-Hasanah mengucapkan tahniah kepada lima orang pelajar yang telah dipilih untuk membacakan khutbah pada Hari Jumaat, 2 Mei 2014 yang lalu di Masjid Felda Keratong 1, 2 , 3, 4 dan 5.

Semoga latihan khutbah itu akan menjadi pendorong kepada pelajar lain mempersiapkan diri masing-masing dengan kemahiran berkenaan.

Pihak sekolah turut berbangga dengan kesediaan mereka membaca khutbah di masjid-masjid berkenaan. Diharap program ini dapat diteruskan dan mendapat kerjasama sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat.