Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara



Sebagai menyahut kempen Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, yang mewartakan hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara, Pelancaran peringkat kebangsaan telah diadakan pada 10 Oktober 2015. Pelancaran ini diadakan serentak dimana seluruh negara telah sama-sama menjayakan pelancaran ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti riadah di kawasan masing-masing.
https://pbs.twimg.com/media/CImHokHVAAA-14I.jpgSeiring dengan itu SMA Al Hasanah juga telah menyertai kempen 10000 langkah yang diadakan di Felda Keratong, Bandar Tun Razak. Seramai 80 orang pelajar dan  8 orang guru telah menyertai program tersebut.
Antara pelajar yang terlibat



MAJLIS RESTUKU UNTUKMU 2015



                Menjelang peperiksaan PT3, SMA dan SPM yang bermula pada bulan ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program “Restuku Untukmu 2015” pada hari Jumaat ,9 Oktober 2015.

               Program ini melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, serta ibu bapa  pelajar yang terlibat dengan peperiksaan awam.Program ini bertujuan memantapkan aspek kerohanian calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SMA dan SPM 2015.

               Antara program yang dijalankan pada hari tersebut ialah solat dhuha, solat hajat, bacaan yassin , ceramah motivasi dan sesi mohon restu. Ceramah motivasi pada hari itu telah disampaikan oleh Tn Hj. Mohd Anuar B. Ibrahim.
Ceramah motivasi oleh Tn Hj. Mohd Anuar B. Ibrahim.
Ucapan dari YDP PIBG SMAAH,

               Jutaan terima kasih kepada PIBG dan warga SMA Al Hasanah yang menggerakkan dan menjayakan program yang telah diadakan ini. 


PROGRAM WARGA EMAS KERATONG 1



               Bersempena Program Warga Emas Keratong 1,  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Al Hasanah telah menjemput seorang peneroka untuk memberikan motivasi kepada pelajar SMA Al Hasanah pada hari Isnin , 14 September 2015. Beliau ialah Encik Mohd Nasir B. Latiff, peneroka dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak.
                    
               Beliau telah menceritakan pengalaman hidup beliau sebagai seorang peneroka untuk dijadikan motivasi  kepada pelajar dimana kesusahan telah menjadikan beliau berusaha untuk meningkatkan pencapaian diri, selain cuba mendidik anak beliau agar menjadi orang yang berjaya dalam hidup. 
Penyampaian cenderahati oleh GPK Kokurikulum,Tn Hj Mazlan Awang kepada En. Mohd Nasir B. Latiff

                 Diharap dengan motivasi melalui pengalaman hidup ini, dapat membantu membina semangat pelajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjaya dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu.

PERASMIAN VLE FROG DAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN



           Bagi meraikan bulan kemerdekaan yang lalu beberapa acara telah diadakan di SMA Al Hasanah bagi mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar .             
           Bersempena dengan penutupan bulan kemerdekaan ini, majlis perasmian penutupan bulan kemerdekaan dan perasmian VLE Frog telah  diadakan pada 11 September 2015 (Jumaat).
            Sepanjang bulan ogos dan September pihak sekolah telah mengadakan beberapa pertandingan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme untuk memupuk nilai cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
           Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan syair, sajak, pakaian patriotik, nyanyian koir, melukis poster,membina menara, merekabentuk pamphlet dan pertandingan video patriotik. Disamping membina semangat patriotik , pertandingan ini juga dapat menjana idea dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu karya yang baik dan menarik. 
 
Aktiviti membina menara

Pertandingan Syair




Antara pamphlet merdeka yang dihasilkan pelajar


 
Hasil lukisan poster pelajar 


Perasmian VLE Frog oleh Tuan pengetua Tn Hj Wan Jamaludin B Wan Bidin