Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, February 25, 2017

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017




Bantuan awal persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2017 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah Rendah dan Menengah seluruh negeri secara berperingkat-peringkat
Setiap murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) bernilai RM100, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (Isi Rumah) ibu bapa atau penjaga mereka
Objektif Bantuan persekolahn ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
 Bersempena itu pada 24 Febuari 2017 , SMA Al Hasanah  telah pun mengadakan pemberian wang bantuan RM100 ini kepada pelajar yang berkelayakan. Pemberian wang ini telah dilaksanakan oleh Unit HEM dan guru kelas yang berkaitan. 










 Semoga pemberian bantuan persekolahan ini dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Friday, February 24, 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMA AL HASANAH

Pada 21-24 Febuari 2017, SMA Al Hasanah telah mengadakan kejohanan sukan tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola jaring, bola tampar dan bola sepak (pada hari selasa), diikuti acara rejam lembing, lontar peluru, lompat jauh dan lempar cakera( pada hari rabu) dan  acara lompat jauh dan balapan pada hari Khamis. 

Antara objektif kejohanan sukan ini adalah:
a)     Mencungkil bakat dan memberikan pelajar peluang menyertai  sukan.
b)    Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara  dari peringkat sekolah lagi.
c)     Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil.
d)    Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
e)     Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi  dugaan dan cabaran.

Secara rasionalnya ,dengan mengadakan acara sukan tahunan ini ia juga dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada pelajar  dan mengenalpasti potensi dan kelebihan diri pelajar.

Majlis penangguhan acara kejohanan sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMA Al Hasanah. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam kejohanan ini. Tahniah kepada semua pemenang.












Sekalung tahniah buat PK Kokurikulum Ustaz Mazlan Awang, Setiausaha Sukan Cg Khairun Bin Suhaimi dan Penolong Setiausaha Sukan Ustaz Ahmad Kamal Embong dalam memastikan acara ini terlaksana dengan jayanya. Tahniah  dan terima kasih untuk semua pelajar dan wargakerja kejohanan sukan tahunan pada tahun ini yang telah bekerjasama dan berusaha dalam menjayakan program ini.

TAZKIRAH MAGHRIB OLEH USTAZ AL ASYAARI

         Program Tazkirah adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar     SM Agama Al Hasanah. Program ini dapat mehidupkan sunnah Rasulullah di samping melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan para jamaahseterusnya dapat merapatkan hubungan antara warga SM Agama Al Hasanah serta menambah pahala. Selain melatih pelajar SMA Al Hasanah sendiri untuk menyampaikan tazkirah, unit asrama juga akan menjemput penceramah luar untuk menyampaikan tazkirah.

      Pada 22 Febuari 2017, unit asrama telah menjemput bekas pelajar SMA Al hasanah untuk menyampaikan tazkirah maghrib kepada semua pelajar asrama. Selain memberikan tazkirah diharap penampilan bekas pelajar ini juga memberikan inspirasi kepada semua pelajar SMA Al hasanah untuk mencapai kejayaan seiring dengan misi sekolah melahirkan para ulama.

         Antara objektif program tazkirah ini ialah:
a)    Melahirkan warga SMA Al Hasanah yang memiliki sahsiah diri yang mulia,berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
b)  Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramalibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi 








Di harap program yang dirancang  dapat  dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan

Program Akademi Nasyid Bersama Muslim Voice

Bagi menggarap bakat yang ada pada pelajar, SMA Al Hasanah telah pun mengadakan program akademi nasyid bersama Muslim Voice.  Program ini telah diadakan pada 17 febuari 2017 dimana ia melibatkan semua pelajar asrama. Manakala pelajar harian amatlah digalakkan untuk hadir.

Antara objektif program ini ialah:

a)    Memupuk kecintaan nasyid sebagai medium dakwah
b)    Menyemarakkan aktiviti hujung minggu murid asrama
c)    Memupuk silaturrahim antara murid dan orang luar  





Diharap program ini dapat menarik minat pelajar  terhadap seni nasyid untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan berhibur sambil berdakwah.

Friday, February 17, 2017

SUKANTARA ANTARA RUMAH

Pada 17hb Febuari 2017 (Jumaat),  Unit Kokurikulum telah mengadakan sukantara antara rumah sukan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan pelajar. Aktiviti  sukan ini telah mempertandingkan acara rejam lembing, lontar peluru , lempar cakera, lompat jauh dan lompat tinggi. Pelaksanaan sukantara ini melibatkan semua penyertaan bagi setiap ahli rumah sukan. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.
Berikut ialah senarai guru yang terlibat bagi mengadili pertandingan sukantara dan jadual pertandingan pada hari tersebut.


Penyediaan tapak lompat jauh oleh Cg Khairun

Acara rejam lembing pelajar perempuan

Acara lompat jauh

Acara lontar peluru

Lontar peluru atlet Rumah Biru

Komitmen seorang PK Kokurikulum Al Fadhil Ustaz Mazlan Awang


Sekalung tahniah buat PK Kokurikulum Ustaz Mazlan Awang, Setiausaha Sukan Cg Khairun Bin Suhaimi dan Penolong Setiausaha Sukan Ustaz Ahmad Kamal Embong. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat. Terima kasih atas kerjasama anda dalam memastikan perjalanan aktiviti sukantara ini berjalan lancar.



Tuesday, February 7, 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN PELANCARAN “PETI ADUAN DISIPLIN” TAHUN 2017

Bagi menyambut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia  dalam menangani isu ponteng, KPM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan program  perasmian Jom Ke Sekolah pada tarikh 5 dan 6 Februari 2017 serentak di semua sekolah di seluruh Negara. Antara objektif bagi program ini adalah:

*Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.

*Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal         prestasi kehadiran pelajar.

*Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.

*Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.

*Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.






                Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Bandar Tun Razak , Keratong, Sarjan Mejar Sulaiman pada hari Isnin , 6 Februari 2017.


               Diharapkan program "Jom Ke Sekolah" ini dapat memberi implikasi atau impak positif kearah mengurangkan masalah ponteng sekolah dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah, sayangi diri, hormati ibubapa dan guru-guru anda.

Sunday, February 5, 2017

USRAH PERTAMA BAGI MODUL BERBUDI BAHASA TAHUN 2017 TAJUK : KEPENTINGAN SENYUMAN


                 Bagi melaksanakan program di bawah Unit SUMUR, program usrah pertama bagi Modul berbudi bahasa telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 3 Februari 2017. Modul ini bertajuk Kepentingan senyum. Semua Naqib dan Naqibah telah diberikan taklimat oleh Penyelaras SUMUR sebelum sesi usrah dimulakan.

 


               Seramai 14 kumpulan pelajar perempuan dan 12 kumpulan pelajar lelaki telah dibentuk dalam pelaksanaan program usrah ini. 




              Program ini telah dilaksanakan dari pukul 7.15 hingga 8.00 pagi. Sesi usrah dimulakan dengan bacaan surah Al kahfi bagi setiap kumpulan. Tahniah dan terima kasih kepada naqib dan naqibah serta semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan program usrah ini dilaksanakan seperti yang dirancang.

Perasmian Program SUMUR dan Mentor Mentee Bagi Tahun 2017


          Pada 23 hb Januari 2017 (Isnin) Unit SUMUR dan UBK telah mengadakan perasmian bagi Program Usrah SUMUR dan Mentor Mentee yang mana melibatkan semua guru dan pelajar.
         Bagi Program SUMUR pelajar lelaki telah dibahagikan kepada 12 kumpulan diketuai oleh seorang naqib beserta seorang murabbi. Manakala pelajar perempuan pula telah dibahagikan kepada 14 kumpulan di ketua oleh seorang naqibah dan seorang murabbiah. Program SUMUR ini terbahagi kepada 4 modul iaitu Modul Berbudi Bahasa, Modul Mutadayyin, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri. Kesemua modul ini perlu dilaksanakan disamping program-program lain yang akan diadakan bagi memantapkan sahsiah diri murid di SMA Al Hasanah.






           Program Mentor mentee juga telah dibahagikan kepada kumpulan dimana setiap kumpulan mentee akan diketuai oleh seorang Mentor. Pelaksanaan Mentor-mentee akan dilaksanakan secara berselang seli dengan Program SUMUR pada setiap hari Jumaat.




           Program Perasmian ini telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Jamaludin Bin Wan Bidin seterusnya menyampaikan Watikah Pelantikan dan diakhiri dengan sesi bergambar para naqib dan naqibah.
          Semoga perjalanan Program SUMUR dan Mentor Mentee berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan untuk sepanjang tahun.

PROGRAM KHATIB SUMUR TAHUN 2017

                   Unit SUMUR, Bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Program Khatib Muda yang mana antara tujuannya adalah untuk mengasah bakat pelajar untuk menjadi Khatib. Bagi menjayakan program ini seramai 17 orang pelajr yang terpilih telah diberi latihan dalam menyampaikan khutbah pada setiap malam Rabu dengan dipimpin oleh ustaz-ustaz yang berkebolehan.

                  Bagi pelaksanaan minggu pertama seramai 5 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi Khatib pada 20 hb Januari 2017 (Jumaat) di sekitar Keratong. Pelajar-pelajar itu ialah Mohammad Fatih Iskandar (Masjid Keratong 1), Mohammad Hafiz Baain ( Masjid Keratong 2, Mohammad Azzahrawi (Masjid Keratong 3), Mohammmad Aiman Taqiuddin (Masjid Keratong 4) dan Mohammad Shauqi Rosli ( Masjid Keratong 5).

             



                 Tahniah dan terima kasih kepada pelajar dan guru yang telah bekerjasama dan berusaha dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan pada masa yang telah dicadangkan. Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah.. Amin.

PROGRAM LARIAN PERMAI 2017


                 SMA Al Hasanah telah mengadakan Larian Permai pada 20 Januari 2017 (Jumaat). Program larian permai ini dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat oleh pelajar. Selesai bacaan Yaasin setiausaha sukan iaitu Cikgu Khairun telah membeir taklimat tentang peraturan larian yang akan dilaksanakan. Seterusnya program diteruskan dengan sesi memanaskan badan di pimpin oleh Ustaz Abu Pzize Bin Hassim. Semua pelajar dibahagikan mengikut rumah sukan bagi menggalakkan persaingan dikalangan mereka. Pelajar juga dibahagikan mengikut kategori Lelaki A dan Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B.
             




                 Program larian ini terbahagi kepada dua laluan iaitu laluan A bagi pelajar lelaki dan laluan B bagi pelajar perempuan. Setiap checkpoint akan dijaga oleh 2 orang guru yang membantu untuk mengagihkan gelang getah sebagai syarat mereka telah melalui setiap checkpoint.

 

            Program Larian permai ini telah dimenangi oleh pasukan Rumah Kuning dengan mata 181, naib johan oleh Rumah Hijau dengan  151 mata , diikuti oleh Rumah Merah sebanyak 123 mata dan Rumah Biru dengan 93 mata. Tahniah kepada semua pemenang.




Tahniah dan terima kasih juga untuk semua guru dan staff sekolah yang bersama-sama menyumbang tenaga samaada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan program ini berjalan lancar.