Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, February 27, 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE 8 TAHUN 2016

Sukan tahunan sekolah telah diadakan bermula 23hb hingga 25 hb Februari 2016 (Selasa hingga Khamis). Pelbagai acara permainan, balapan dan padang telah pun dipertandingkan. Melalui kejohanan sebegini pelajar boleh memperlihatkan kebolehan mereka dalam bidang kesukanan selain mencapai akademik yang baik. 
Antara permainan yang telah dipertandingkan pada hari pertama kesukanan ialah Permainan bola jaring yang diadili oleh Cg Norkhamisa dan Ustazah Nurul Suhaida, permainan bola sepak yang diadili oleh Cg Farid Abdillah dan Cg Azizol, dan permainan bola tampar yang diadili oleh Ustaz Hairoldin, Cg Rizalmi dan Cg Fikriyyah. Pada hari kedua kejohanan telah diadakan pertandingan acara padang dan saringan acara balapan. Bagi pertandingan acara padang telah dipertandingkan acara lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi kategori A dan B. Manakala saringan acara balapan pula ialah larian 100m, 200m, 400m dan 4 X 100m. 
Pada hari ketiga kesukanan pula diadakan pertandingan akhir lompat jauh, lempar cakera dan semua acara balapan. Selain itu pertandingan perbarisan rumah, pertandingan maskot dan rumah sukan juga telah diadakan. 













Tahniah kepada Cg Khairun , Cg Mohd Rizalmi dan Ustaz Ahmad Kamal yang bertungkus lumus dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar . Terima kasih kepada semua para guru dan pelajar yang telah memberikan komitmendan kerjasama yang baik sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung. 

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Unit Disiplin telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian mereka

Tujuan Kem Kepimpinan ini diadakan ialah bagi mencapai objektif berikut:
1.      1. Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
2.  Memupuk gaya kepimpinan, semangat kerjasama dan berdikari dalam diri setiap peserta.
3.      Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
4.  Memberi pendedahan tentang pengalaman dan kemahiran untuk para peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap.
5.      Membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta.
6.      Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.

Program  ini telah dilaksanakan pada 29 Januari hingga 31 Januari 2016 ( Jumaat – Ahad) bertempat di As Sakinah Training & Camp, Kg.Cherok Paloh, Kuantan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Latihan dalam kumpulan (LDK) Ceramah ,Malam kebudayaan, Explorace, Kembara malam, Solat fardu berjemaah, Kuliah maghrib/subuh , Jungle Tracking, Masakan Rimba (Survival) dan Latihan Jasmani/ senamrobik








 

            Seramai lebih kurang 60 orang pelajar telah mengikuti program ini yang terdiri dari pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas perpustakaan sekolah. Manakala sejumlah 10 orang guru pula terlibat sebagai fasilitator dan pengiring dalam mejayakan program ini.


Secara keseluruhan, program yang berlangsung selama 3 hari ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari pelajar dan guru. Di harap usaha ini dapat membina sikap yang positif secara berterusan dalam diri pelajar dan mampu menjadi contoh kepada pelajar lain.

Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Rizalmi selaku Penyelaras projek yang berjaya menjalankan projek ini dengan baik. Terima kasih juga kepada Cg Khairun, Cg Norhashima, Cg Fikriyyah, Ustaz Hairuldin dan cikgu-cikgu lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.. Terima kasih cikgu.........