Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, October 4, 2021

LATAR BELAKANG SMA AL-HASANAH


LATAR BELAKANG SMA AL-HASANAH


SMA al-Hasanah merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan atau dikenali sebagai SABK. 


SMA al-Hasanah menawarkan Kurikulum Bersepadu Dini  (KBD) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 


Semua tenaga guru dan kakitangan di sekolah ini merupakan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlatih dan berpengalaman luas. 


Pelbagai kemudahan dan pembangunan infrastruktur disediakan oleh KPM demi keselesaan dan kebajikan semua murid dan warga sekolah. 


Pelbagai bantuan seperti Biasiswa Yayasan Pahang (BYP),  KWAPM, BAP100 dan BKP disediakan kepada semua murid yang berkelayakan. 


Sekolah ini mempunyai kemudahan asrama. Yuran makan asrama dikenakan mengikut kelayakan gaji atau pendapatan ibubapa penjaga seperti berikut:


1) Ibu bapa/penjaga berpendapatan RM4999 dan ke bawah. Yuran makan asrama yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00 sehari sahaja.


2) Ibu bapa/penjaga berpendapatan RM5000 dan ke atas. Yuran makan asrama dikenakan sebanyak RM3.00 sehari sahaja.


Antara mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah ini adalah seperti berikut


Ting. 1 hingga Ting.3 (Menengah Rendah)


1- L.A.M (Bahasa Arab) 

2. Syariah

3. Usuluddin

4. Bahasa Melayu

5. Bahasa Inggeris

6. Matematik

7. Sains

8. RBT

9. Geografi

10. Sejarah

11. Pendidikan Seni Visual

12.Pendidikan Jasmani & Kesihatan


Ting.4 & 5 (Menengah Atas)

1. L.A.M (Bahasa Arab) 

2. Manahij

3. Adab

4. Usuluddin

5. Syariah

6. Bahasa Melayu

7. Bahasa Inggeris

8. Sejarah

9. Sains

10. Matematik

11. Perniagaan

12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Selain itu, kami juga menyediakan Program Tahfiz al-Quran kepada semua pelajar asrama bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Semua pelajar lepasan SPM sekolah ini berpeluang menyambung pengajian di universiti awam dan swasta di dalam dan luar negara seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM) Institut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Al-Bayt Jordan, Universiti Al-Azhar Mesir dan banyak lagi. 


Para pelajar juga berpeluang  menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Syukur alhamdulillah, sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar berpesonaliti unggul sama ada dalam aspek sahsiah mahu pun kerjaya.


Dengan berteraskan moto sekolah 'Melahirkan Generasi Ulama'. Kami sentiasa komited menggalas amanah ini dengan sedaya mungkin bagi memastikan semua pelajar di sekolah ini memperoleh pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang teguh baik dalam ilmu ukhrawi dan duniawi bagi mendepani dunia global yang semakin mencabar.


Dari tahun ke tahun, kami sentiasa berusaha memperkasa keupayaan  pelajar agar mereka terus cemerlang dalam pelbagai aspek.