Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, March 10, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMA al-Hasanah Tahun 2014

SMA al-Hasanah telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah pada hari ini Isnin, 10 Mac 2014. Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ust Abu  Pzize bin Hassim di Tapak Perhimpunan sekolah. Program ini akan berterusan selama seminggu mulai 10 hingga 14 Mac 2014.

Di majlis pelancaran ini, telah dibacakan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri sempena Minggu Anti Dadah dan slot SLIM Anti Dadah iaitu Slot Lima Minit anti-Dadah. Slot ini akan dibacakan pada setiap hari sehingga 14 Mac 2014 selama lima minit.

Sepanjang seminggu kempen anti dadah, pihak sekolah telah menyediakan beberapa program seperti pertandingan melukis poster anti dadah, penulisan esei anti dadah, kuiz anti dadah, ceramah serta pameran. Program ini turut melibatkan AADK Rompin, Pejabat Kesihatan,  pihak Polis dan Penjara Rompin.

Diharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya najis dadah dan seterusnya menghindarkan diri daripada bahaya najis dadah ini. Setakat ini, al-hamdulillah, SMA al-Hasanah masih bebas daripada gejala dadah berdasarkan pemeriksaan air kencing yang diadakan di sekolah ini setiap tahun termasuk yang terakhir pada 4 Mac 2014 yang lalu.