Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, March 15, 2014

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMA al-Hasanah Meriah

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah SMA al-Hasanah berjalan dengan meriah pada Jumaat, 14 Mac 2014 yang lalu. Semua guru dan pelajar berkumpul di surau sekolah sejak 7.30 pagi bagi mengikuti Program SUMUR sebelum majlis penutupan bermula pada jam 8.00 pagi.

Dr. Abd. Jalil Ahmad, Pengetua SMA al-Hasanah mengingatkan pelajar tentang peri pentingnya program sambutan Minggu Anti Dadah ini untuk dihayati oleh semua pelajar. Beliau turut mengingatkan semua pelajar agar menghentikan tabiat merokok. Tabiat ini dapat membuka peluang kepada mereka yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan untuk memerangkap pelajar kepada dadah ganja. Mereka boleh memasukkan bahan terlarang berkenaan ke dalam rokok pelajar sehingga menyebabkan mereka ketagihan dan terpaksa mendapatkan bekalan berkenaan.

Majlis Penutupan diserikan dengan tayangan multi media tentang ancaman dadah serta imbauan program dan aktiviti Sambutan Minggu Anti Dadah sepanjang minggu ini. Majlis penutupan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara melukis poster secara kumpulan mengikut kumpulan usrah SUMUR, pertandingan kuiz anti dadah, penulisan esei dan slogan anti dadah. Tahniah kepada semua pemenang.

Selain daripada itu, pameran anti dadah turut diadakan dengan kehadiran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Cawangan Rompin) bagi memriahkan majlis penutupan.

Seorang guru yang ditemui berkata bahawa pertandingan poster kali ini amat menarik dan banyak hasil poster yang cantik. Beliau mencadangkan agar poster anti dadah yang menjadi johan dijadikan salah satu mural bagi menghiasi dinding bangunan sekolah.

Pengetua amat berpuas hati dengan kerjasama semua guru dalam menjayakan program ini. Di samping menyatakan ucapan jutaan terima kasih beliau kepada semua guru dan pelajar yang terlibat, beliau turut berharap suasana ini dapat dikekal dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

JAUHI DADAH, ELAKKAN PADAH. DADAH MUSUH NEGARA