Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, March 25, 2014

Sunday, March 23, 2014

TERIMA KASIH YB DATO' HAJI WAN KADRI WAN MAHUSAIN

SMA al-Hasanah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian YB. Dato' Haji Wan Kadri Wan Mahusain, ADUN Bukit Ibam atas kesudian YB Dato' hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMA al-Hasanah yang telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 21 Mac 2014 yang lalu.

Kehadiran YB Dato' amat bermakna bagi kami sebagai tanda sokongan YB Dato' terhadap perkembangan dan kejayaan sekolah ini.

Di dalam majlis berkenaan YB. Dato' telah menyatakan kebanggaan beliau terhadap perkembangan fizikal sekolah namun agak terkilan dengan keadaan pagar sekolah yang dianggap sudah tidak selamat dan perlu kepada penggantian segera.

Beliau bersetuju untuk membawa isu keperluan pagar ini untuk dimasukkan ke dalam mana-mana peruntukan yang sesuai memandangkan keperluannya yang agak mendesak. Beliau turut berharap agar ibu bapa dan penjaga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sekolah khususnya yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik sekolah. 

Menegaskan tentang peripentingnya mempunyai tabungan PIBG yang kukuh, beliau menyeru agar setiap ibu bapa menyumbang kepada sekolah dan tidak menganggap ianya sebagai suatu yang merugikan mereka. Ini kerana setiap sen yang disumbangkan oleh ibu bapa, sebenarnya kembali kepada kepentingan anak mereka juga. 

Beliau yakin pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mempastikan setiap kewangan PIBG dibelanjakan degan penuh berhemah demi kepentingan pelajar.

Di dalam majlis berkenaan, pihak sekolah turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada tiga orang pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 yang telah diumumkan keputusannya pada 20 Mac 2014. Adik Syarifah Noor Amanina binti Syed Mohd Aziz (7A), Che Munirah binti Abd. Rahman (4A) dan Farisya Irwayu binti Abdullah (4A) telah turut hadir di majlis berkenaan untuk menerima hadiah kecemerlangan masing-masing. Seklah mengucapkan tahniah kepada mereka.

Saturday, March 22, 2014

PERATURAN ASRAMA SMA AL-HASANAH


Semua ibu bapa dan penjaga dipohon mengambil maklum berhubung etika pakaian pelajar semasa di sekolah dan di asrama. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah dan warden dalam mempastikan semua pelajar mematuhi peraturan dan etika pakaian berkenaan. 

Sekiranya pihak ibu bapa dan penjaga telah menyemak semua jenis pakaian yang dibawa oleh anak masing-masing semasa mereka masuk ke asrama, maka pihak warden tidak perlu lagi membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan merampas pakaian yang dilarang berkenaan.

Justeru, ibu bapa dan penjaga dipohon menyemak senarai keperluan asrama dan jenis pakaian yang dibenarkan dan yang dilarang sepanjang pelajar berada di asrama. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.



ASRAMA BUKANLAH TEMPAT YANG SESUAI BAGI PELAJAR 
UNTUK MEMPERAGAKAN FESYEN PAKAIAN








Kerjasama semua ibu bapa dan penjaga adalah amat diharapkan dalam perkara ini.

Thursday, March 20, 2014

SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMA AL-HASANAH KALI KE-8 TAHUN 2014

SMA al-Hasanah mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa penjaga ke Mesyuarat PIBG SMA al-Hasanah Kali ke-8 tahun 2014.

Semoga kehadiran tuan-puan bukan sekadar menyerikan dan memeriahkan mesyuarat kali ini, juga sebagai penyuntik semangat kepada pihak sekolah khususnya semua guru dalam usaha mengatur dan merancang strategik kecemerlangan dan kejayaan semua pelajar.

SELAMAT BERMESYUARAT

Sunday, March 16, 2014

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN 1 (UP1)

Bahagian Hal Ehwal Murid SMA al-Hasanah mengucapkan Selamat menduduki Ujian Penilaian 1 (UP1) tahun 2014 kepada semua pelajar SMA al-Hasanah. Pelajar UP1 bagi Tingkatan 4 dan 5 telahpun bermula pada 11 Mac 2014, manakala Tingkatan 1, 2 dan 3 akan menduduki UP1 mulai Isnin ini, 17 Mac 2014.

Pihak sekolah berharap, ujian ini mampu menjadi panduan kepada pelajar mengukur kekuatan diri masing-masing dan seterusnya membuat penambahbaikan. SELAMAT MAJU JAYA.

PENDIDIKAN ADALAH SATU PROSES

Saturday, March 15, 2014

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMA al-Hasanah Meriah

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah SMA al-Hasanah berjalan dengan meriah pada Jumaat, 14 Mac 2014 yang lalu. Semua guru dan pelajar berkumpul di surau sekolah sejak 7.30 pagi bagi mengikuti Program SUMUR sebelum majlis penutupan bermula pada jam 8.00 pagi.

Dr. Abd. Jalil Ahmad, Pengetua SMA al-Hasanah mengingatkan pelajar tentang peri pentingnya program sambutan Minggu Anti Dadah ini untuk dihayati oleh semua pelajar. Beliau turut mengingatkan semua pelajar agar menghentikan tabiat merokok. Tabiat ini dapat membuka peluang kepada mereka yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan untuk memerangkap pelajar kepada dadah ganja. Mereka boleh memasukkan bahan terlarang berkenaan ke dalam rokok pelajar sehingga menyebabkan mereka ketagihan dan terpaksa mendapatkan bekalan berkenaan.

Majlis Penutupan diserikan dengan tayangan multi media tentang ancaman dadah serta imbauan program dan aktiviti Sambutan Minggu Anti Dadah sepanjang minggu ini. Majlis penutupan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara melukis poster secara kumpulan mengikut kumpulan usrah SUMUR, pertandingan kuiz anti dadah, penulisan esei dan slogan anti dadah. Tahniah kepada semua pemenang.

Selain daripada itu, pameran anti dadah turut diadakan dengan kehadiran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Cawangan Rompin) bagi memriahkan majlis penutupan.

Seorang guru yang ditemui berkata bahawa pertandingan poster kali ini amat menarik dan banyak hasil poster yang cantik. Beliau mencadangkan agar poster anti dadah yang menjadi johan dijadikan salah satu mural bagi menghiasi dinding bangunan sekolah.

Pengetua amat berpuas hati dengan kerjasama semua guru dalam menjayakan program ini. Di samping menyatakan ucapan jutaan terima kasih beliau kepada semua guru dan pelajar yang terlibat, beliau turut berharap suasana ini dapat dikekal dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

JAUHI DADAH, ELAKKAN PADAH. DADAH MUSUH NEGARA

Tuesday, March 11, 2014

KELAB CATUR DAN INDOOR GAMES SMA AL-HASANAH TAMBAH ALAT PERMAINAN

Kelab Catur dan Indoor Games SMA al-Hasanah telah berjaya membuat kutipan amal sempena Majlis Muafakat Ibu Bapa pada 8 Mac 2014 yang lalu.

Berita lanjut klik di sini.........

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 bermula dari 1 Februari 2013  sehingga 30 Mei 2013. Terbuka kepada murid warganagera yang berumur 8 hingga 15 tahun. Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1. Murid-murid Islam berumur 8 tahun yang mengambil ujian UKM1 ini akan dinilai juga untuk kelayakan Ujian UKM2 PERMATApintar dan Ujian USIM1 Permata Insan nanti.


Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,
Selangor, Malaysia

Tel: +603-8921 7503
Faks: +603-8921 7525
E-Mail: permatapintar@ukm.my

Monday, March 10, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMA al-Hasanah Tahun 2014

SMA al-Hasanah telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah pada hari ini Isnin, 10 Mac 2014. Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ust Abu  Pzize bin Hassim di Tapak Perhimpunan sekolah. Program ini akan berterusan selama seminggu mulai 10 hingga 14 Mac 2014.

Di majlis pelancaran ini, telah dibacakan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri sempena Minggu Anti Dadah dan slot SLIM Anti Dadah iaitu Slot Lima Minit anti-Dadah. Slot ini akan dibacakan pada setiap hari sehingga 14 Mac 2014 selama lima minit.

Sepanjang seminggu kempen anti dadah, pihak sekolah telah menyediakan beberapa program seperti pertandingan melukis poster anti dadah, penulisan esei anti dadah, kuiz anti dadah, ceramah serta pameran. Program ini turut melibatkan AADK Rompin, Pejabat Kesihatan,  pihak Polis dan Penjara Rompin.

Diharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya najis dadah dan seterusnya menghindarkan diri daripada bahaya najis dadah ini. Setakat ini, al-hamdulillah, SMA al-Hasanah masih bebas daripada gejala dadah berdasarkan pemeriksaan air kencing yang diadakan di sekolah ini setiap tahun termasuk yang terakhir pada 4 Mac 2014 yang lalu.

 



Majlis Muafakat Ibu Bapa Penjaga dengan Sekolah

Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan pihak sekolah telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Saimon bin Siraj itu telah dihadiri oleh hampir 140 orang ibu bapa dan penjaga yang begitu teruja dengan lafaz ikrar kecemerlangan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PPMR, SMA dan SPM pada tahun ini.

Ikrar Kecemerlangan yang diketuai oleh Ketua Pelajar, adik Muhammad Faris Aizat bin Mohd Azali telah dilaungkan oleh semua pelajar dengan penuh bersemangat dan menyentuh hati hadirin. Diharap laungan ikrar yang dilafazkan itu lahir dari lubuh hati yang suci dan ikhlas dan akan menyemarakkan lagi perjuangan mereka menghadapi peperiksaan masing-masing.

Majlis muafakat diakhiri dengan sesi interaksi akademik yang memberi peluang kepada ibu bapa bertemu dan berbincang dengan guru-guru bagi mengenalpasti perkembangan anak masing-masing khusunya dari aspek akademik.

Ibu bapa yang ditemui merasa teruja dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi dari semasa ke semasa. Seorang bapa menyatkan rasa tertarikh dengan pelaksanaan program merit demerit yang dimulakan pada tahun ini dan berharap ianya dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap disiplin dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Thursday, March 6, 2014

MAJLIS MUAFAKAT IBU BAPA DAN PENGURUSAN SMA AL-HASANAH 2014

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga ke Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan Pihak sekolah yang akan dilaksanakan pada 8 Mac 2014, Hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi.

Di majlis yang akan dirasmikan oleh YDP PIBG tersebut, pihak sekolah akan membentangkan perancangan program peningkatan prestasi sekolah sama ada dari aspek akademik, sahsiah, disiplin, kerohanian maupun kokurikulum.

Pihak sekolah mengharapkan kehadiran semua ibu bapa bagi menunjukkan solidariti ibu bapa dengan pihak sekolah berhubung pembangunan dan kecemerlangan anak masing-masing. Kehadiran ibu bapa juga akan menjadi penyuntik semangat kepada semua pelajar terutama dalam menghadapi peperiksaan utama sekolah iaitu PPMR bagi pelajar Tingkatan 3, SMA bagi Tingkatan 4 dan SPM bagi pelajar Tingkatan 5.

Majlis tersebut juga cukup bermakna kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama sekolah yang akan melafazkan ikrar kecemerlangan di hadapan ibu bapa masing-masing di akhir majlis itu nanti. 

Pihak sekolah turut menganugerahkan markah merit kepada pelajar dengan kehadiran ibu bapa masing-masing ke Majlis Muafakat Ibu Bapa ini.

Sebarang pertanyaan berhubung kehadiran ibu bapa bolehlah terus berhubung dengan pihak sekolah di talian 09-4458088.

Agenda Majlis Muafakat IBu Bapa-Sekolah

8.00 - Pendaftaran
8.30 - Majlis muafakat bermula
          Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SMA al-Hasanah
          Pembentangan Program Kecemerlangan Sekolah oleh Pengetua SMA al-Hasanah
          Majlis Lafaz Ikrar Kecemerlangan Pelajar PPMR, SMA dan SPM
          Interaksi Akademik PPMR, SMA dan SPM Sekolah bersama Ibu bapa/Penjaga
          Jamuan Ringan
11.00-Bersurai.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT