Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, January 31, 2014

SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Bahagian Hal Ehwal Murid SMA al-Hasanah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar SMa al-Hasanah sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Cuti-cuti juga, buku jangan lupa..........

Semoga berjumpa semula pada Hari Isnin 3 Februari 2014 nanti.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA.

Thursday, January 30, 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN AZAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1435H/2014M

Pertandingan Azan sempena Maulidur Rasul 1435H/2014M telah dijalankan pada petang semalam.

Berikut Keputusan hakim berhubung pertandinagn tersebut.

KEDUDUKAN
NAMA
TINGKATAN
JOHAN
MUHAMMAD IRFAN BIN HAFIDZ MURSHIDI
2A
NAIB JOHAN
MUHAMMAD SYAFIQ JAILANI BIN ABDUL KHADIR
3
KETIGA
AHMAD AIMAN B CHE MOHAMAD ZAHARI
2A

Tahniah kepada yang berjaya.....
Keputusan hakim adalah muktamad.

Wednesday, January 29, 2014

PERTANDINGAN AZAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1435H

Petang tadi selepas Asar, seramai 10 peserta telah memperdengarkan alunan azan masing-masing.

Insya Allah esok keputusannya. Sama-samalah kita nantikan. Yang tidak terpilih bukan kerana anda tidak bagus tetapi kerana tempat hanya dihadkan kepada 10 orang sahaja untuk ke pertandingan akhir.

Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

Tuesday, January 28, 2014

SENARAI PESERTA PERTANDINGAN AZAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1435H DI MASJID KERATONG 1, BANDAR TUN RAZAK, ROMPIN

BIL
NAMA
TINGKATAN
1
AHMAD AIMAN B CHE MOHAMAD ZAHARI
2A
2
MUHAMMAD FATIH ISKANDAR BIN JAMALUDIN
2A
3
MUHAMMAD AIMAN TAQIUDDIN BIN MUSA
2A
4
MUHAMMAD IRFAN BIN HAFIDZ MURSHIDI
2A
5
MUHAMMAD HAFIZ B. BAAIN
2A
6
MOHAMAD IQMAL BIN MOHD HATTA
2A
7
MUHAMMAD FAKHRUL IZZUDDIN BIN MOHD SABRI
2B
8
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN ZANZURI
3
9
MUHAMMAD SYAFIQ JAILANI BIN ABDUL KHADIR
3
10
MUHAMMAD SHUAIL BIN MOHD FUZI
5

SEMOGA MEMBUAT PERSEMBAHAN TERBAIK DI DALAM PERTANDINGAN AZAN ITU NANTI. AMIN

Pemilihan Peserta Pertandingan Azan Sempena Maulidur Rasul 1435H

Asrama SMA al-Hasanah telah mengadakan pemilihan peserta Pertandingan Azan pada 27 Januari 2014, selepas Isya' untuk menyertai Pertandingan Azan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H anjuran Masjid Keratong 1, pada 29 Januari 2014 akan datang.

Pihak sekolah terpaksa mengadakan pemilihan berikutan sambutan menggalakkan daripada pelajar justeru pihak Masjid Keratong menghadkan penyertaan hanya kepada 10 orang peserta sahaja.

Seramai 21 orang telah mengikuti acara saringan berkenaan dan program telah berjalan dengan begitu meriah sekali. Senarai peserta akan diumumkan pada malam nanti.

Saturday, January 25, 2014

Adik lelaki pelajar SMA al-Hasanah meninggal dunia

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi  ucapan takziah kepada Syarifah Nurul Amni, pelajar Tingkatan 1 SMA al-Hasanah serta seluruh ahli keluarga atas kematian adik beliau berusia sebelas tahun.

Pihak sekolah dimaklumkan bahawa kematian itu adalah satu trajedi di mana adiknya telah terjatuh ke dalam sebuah perigi di tepi rumah mereka di Kota Shah Bandar, Rompin.

Pihak sekolah berharap adik Syarifah Nurul Amni dan keluarga bersabar atas trajedi ini dan reda atas pemergian beliau kerana Allah lebih menyayanginya.

Friday, January 24, 2014

PELANCARAN PROGRAM SUMUR SMA AL-HASANAH 2014

SMA al-Hasanah mengadakan majlis pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi tahun 2014. Majlis pelancaran diadakan pada 24 Januari 2014 bertempat di surau SMA al-Hasanah bermula pada jam 7.15 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai yang diketuai oleh Ust Mohd Sany bin Razali, Ketua Unit Kerohanian dan diikuti dengan Solat Hajat memohon restu Allah semoga program SUMUR pada tahun ini berjalan dengan baik dan sempurna.

Selepas ucapan Tuan Pengetua, Dr. Abd Jalil bin Ahmad, majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Perlantikan Murabbi dan Murabbiyah yang terdiri daripada para guru. ustaz dan ustazah, juga perlantikan dan penyerahan fail usrah bagi setiap Naqib dan Naqibah.

Semoga Program SUMUR pada tahun ini berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang diharapkan.

SELAMAT BERUSRAH DAN BERSUMUR!!!!!