Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, January 1, 2016

Pengumuman Penting : Pendaftaran 2016

Semua pengawas SMA Al-Hasanah dikehendaki mendaftar di asrama dengan beruniform sekolah lengkap (baju biru atau baju putih) pada hari Sabtu bertarikh 02 Januari 2016 bermula jam 900 pagi. Pembayaran asrama dan semua pembelian di koperasi boleh dilakukan pada hari Ahad 03 Januari 2016 bermula jam 830 pagi sehingga 400 petang.

Semua murid SMA Al-Hasanah
 KECUALI PENGAWAS dikehendaki mendaftar dengan beruniform sekolah lengkap pada hari Ahad bertarikh 03 Januari 2016 bermula jam 830 pagi sehingga jam 400 petang. Semua keperluan sekolah dan asrama boleh dibeli di koperasi sekolah 830 pagi hingga 400 petang sahaja. Mohon ibu bapa datang mendaftar anak masing-masing pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pendaftaran tingkatan 1 akan berlangsung di Dewan Makan SMA Al-Hasanah. Sementara pendaftaran tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan dijalankan di kelas 2A, 2B, 3A, 3B, 4A, 4B dan 5A. Pembayaran yuran PIBG, LPS dan asrama boleh dilunaskan semasa proses pendaftaran ini berlangsung.

Murid tingkatan 1 & 4 2016 yang layak dan masih belum menerima biasiswa Yayasan Pahang, boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat ADUN dan melengkapkannya dengan mengosongkan ruangan pengetua dan serahkan borang tersebut kepada Pn Siti Salwa sebelum 31 Januari 2016 berserta dengan sijil-sijil yang telah disahkan. Mohon sebarkan....



Keperluan murid yang boleh dibeli di Koperasi Hasanah