Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, January 28, 2014

Pemilihan Peserta Pertandingan Azan Sempena Maulidur Rasul 1435H

Asrama SMA al-Hasanah telah mengadakan pemilihan peserta Pertandingan Azan pada 27 Januari 2014, selepas Isya' untuk menyertai Pertandingan Azan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H anjuran Masjid Keratong 1, pada 29 Januari 2014 akan datang.

Pihak sekolah terpaksa mengadakan pemilihan berikutan sambutan menggalakkan daripada pelajar justeru pihak Masjid Keratong menghadkan penyertaan hanya kepada 10 orang peserta sahaja.

Seramai 21 orang telah mengikuti acara saringan berkenaan dan program telah berjalan dengan begitu meriah sekali. Senarai peserta akan diumumkan pada malam nanti.