Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, January 24, 2014

PELANCARAN PROGRAM SUMUR SMA AL-HASANAH 2014

SMA al-Hasanah mengadakan majlis pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi tahun 2014. Majlis pelancaran diadakan pada 24 Januari 2014 bertempat di surau SMA al-Hasanah bermula pada jam 7.15 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai yang diketuai oleh Ust Mohd Sany bin Razali, Ketua Unit Kerohanian dan diikuti dengan Solat Hajat memohon restu Allah semoga program SUMUR pada tahun ini berjalan dengan baik dan sempurna.

Selepas ucapan Tuan Pengetua, Dr. Abd Jalil bin Ahmad, majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Perlantikan Murabbi dan Murabbiyah yang terdiri daripada para guru. ustaz dan ustazah, juga perlantikan dan penyerahan fail usrah bagi setiap Naqib dan Naqibah.

Semoga Program SUMUR pada tahun ini berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang diharapkan.

SELAMAT BERUSRAH DAN BERSUMUR!!!!!