Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada Syarifah Nurul Amni, pelajar Tingkatan 1 SMA al-Hasanah serta seluruh ahli keluarga atas kematian adik beliau berusia sebelas tahun.
Pihak sekolah dimaklumkan bahawa kematian itu adalah satu trajedi di mana adiknya telah terjatuh ke dalam sebuah perigi di tepi rumah mereka di Kota Shah Bandar, Rompin.
Pihak sekolah berharap adik Syarifah Nurul Amni dan keluarga bersabar atas trajedi ini dan reda atas pemergian beliau kerana Allah lebih menyayanginya.