Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, November 6, 2017

PENDAFTARAN ONLINE SUKARELAWAN SMA AL-HASANAH

Assalamualaikum wbt,

Pihak sekolah dalam usaha untuk memantapkan pentadbiran sekolah dari semua aspek sama ada Pengurusan, Kurikulum, Hal Ehwal Murid maupun Kokurikulum. Usaha ini dapat diperhebatkan dengan bantuan dan kerjasama ibu bapa dan penjaga sebagai sukarelawan sekolah.

Pihak sekolah mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dan penjaga sebagai sukarelawan SMA al-Hasanah dalam apa sahaja bidang kepakaran dan kebolehan masing-masing serta kesempatan untuk bersama-sama sekolah menjayakan visi dan misinya.

Mohon kerja sama semua ibu bapa penjaga untuk mengisi Borang Pendaftaran Online SUKARELAWAN SMA AL-HASANAH dipautan https://goo.gl/forms/wsza3X3SP690F2Z52
bagi merealisasikan hasrat murni ini demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di SMA al-Hasanah.

Segala maklumat yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran ini adalah SULIT dan untuk kegunaan pihak sekolah sahaja. Maklumat lanjut sila berhubung dengan Ust Wan Harun bin Wan Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , SMA al-Hasanah di talian 09-4458088 atau 012-9815201.

Kerja sama semua adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

"SUKARELAWAN BERMUAFAKAT, SEKOLAH HEBAT"