Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, February 25, 2017

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017




Bantuan awal persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2017 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah Rendah dan Menengah seluruh negeri secara berperingkat-peringkat
Setiap murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) bernilai RM100, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (Isi Rumah) ibu bapa atau penjaga mereka
Objektif Bantuan persekolahn ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
 Bersempena itu pada 24 Febuari 2017 , SMA Al Hasanah  telah pun mengadakan pemberian wang bantuan RM100 ini kepada pelajar yang berkelayakan. Pemberian wang ini telah dilaksanakan oleh Unit HEM dan guru kelas yang berkaitan. 










 Semoga pemberian bantuan persekolahan ini dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Friday, February 24, 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMA AL HASANAH

Pada 21-24 Febuari 2017, SMA Al Hasanah telah mengadakan kejohanan sukan tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola jaring, bola tampar dan bola sepak (pada hari selasa), diikuti acara rejam lembing, lontar peluru, lompat jauh dan lempar cakera( pada hari rabu) dan  acara lompat jauh dan balapan pada hari Khamis. 

Antara objektif kejohanan sukan ini adalah:
a)     Mencungkil bakat dan memberikan pelajar peluang menyertai  sukan.
b)    Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara  dari peringkat sekolah lagi.
c)     Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil.
d)    Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
e)     Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi  dugaan dan cabaran.

Secara rasionalnya ,dengan mengadakan acara sukan tahunan ini ia juga dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada pelajar  dan mengenalpasti potensi dan kelebihan diri pelajar.

Majlis penangguhan acara kejohanan sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMA Al Hasanah. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam kejohanan ini. Tahniah kepada semua pemenang.












Sekalung tahniah buat PK Kokurikulum Ustaz Mazlan Awang, Setiausaha Sukan Cg Khairun Bin Suhaimi dan Penolong Setiausaha Sukan Ustaz Ahmad Kamal Embong dalam memastikan acara ini terlaksana dengan jayanya. Tahniah  dan terima kasih untuk semua pelajar dan wargakerja kejohanan sukan tahunan pada tahun ini yang telah bekerjasama dan berusaha dalam menjayakan program ini.

TAZKIRAH MAGHRIB OLEH USTAZ AL ASYAARI

         Program Tazkirah adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar     SM Agama Al Hasanah. Program ini dapat mehidupkan sunnah Rasulullah di samping melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan para jamaahseterusnya dapat merapatkan hubungan antara warga SM Agama Al Hasanah serta menambah pahala. Selain melatih pelajar SMA Al Hasanah sendiri untuk menyampaikan tazkirah, unit asrama juga akan menjemput penceramah luar untuk menyampaikan tazkirah.

      Pada 22 Febuari 2017, unit asrama telah menjemput bekas pelajar SMA Al hasanah untuk menyampaikan tazkirah maghrib kepada semua pelajar asrama. Selain memberikan tazkirah diharap penampilan bekas pelajar ini juga memberikan inspirasi kepada semua pelajar SMA Al hasanah untuk mencapai kejayaan seiring dengan misi sekolah melahirkan para ulama.

         Antara objektif program tazkirah ini ialah:
a)    Melahirkan warga SMA Al Hasanah yang memiliki sahsiah diri yang mulia,berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
b)  Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramalibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi 








Di harap program yang dirancang  dapat  dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan

Program Akademi Nasyid Bersama Muslim Voice

Bagi menggarap bakat yang ada pada pelajar, SMA Al Hasanah telah pun mengadakan program akademi nasyid bersama Muslim Voice.  Program ini telah diadakan pada 17 febuari 2017 dimana ia melibatkan semua pelajar asrama. Manakala pelajar harian amatlah digalakkan untuk hadir.

Antara objektif program ini ialah:

a)    Memupuk kecintaan nasyid sebagai medium dakwah
b)    Menyemarakkan aktiviti hujung minggu murid asrama
c)    Memupuk silaturrahim antara murid dan orang luar  





Diharap program ini dapat menarik minat pelajar  terhadap seni nasyid untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan berhibur sambil berdakwah.