Bantuan
awal persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang
diumumkan menerusi Bajet 2017 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah
Rendah dan Menengah seluruh negeri secara berperingkat-peringkat
Setiap
murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara
individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)
bernilai RM100, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan
kriteria pendapatan kasar bulanan (Isi Rumah) ibu bapa atau penjaga mereka
Objektif
Bantuan persekolahn ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan
persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Bersempena itu pada 24 Febuari 2017 , SMA Al
Hasanah telah pun mengadakan pemberian
wang bantuan RM100 ini kepada pelajar yang berkelayakan. Pemberian wang ini
telah dilaksanakan oleh Unit HEM dan guru kelas yang berkaitan.
Semoga pemberian bantuan persekolahan ini dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.