Program Tazkirah adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan
oleh para pelajar SM Agama Al Hasanah. Program ini dapat mehidupkan sunnah
Rasulullah di samping melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila
berhadapan dengan para jamaahseterusnya dapat merapatkan hubungan antara warga SM
Agama Al Hasanah serta menambah pahala. Selain melatih pelajar SMA Al Hasanah
sendiri untuk menyampaikan tazkirah, unit asrama juga akan menjemput
penceramah luar untuk menyampaikan tazkirah.
Pada 22 Febuari 2017, unit asrama telah menjemput bekas
pelajar SMA Al hasanah untuk menyampaikan tazkirah maghrib kepada semua pelajar
asrama. Selain memberikan tazkirah diharap penampilan bekas pelajar ini juga
memberikan inspirasi kepada semua pelajar SMA Al hasanah untuk mencapai
kejayaan seiring dengan misi sekolah melahirkan para ulama.
Antara objektif program tazkirah ini ialah:
a) Melahirkan warga
SMA Al Hasanah yang memiliki sahsiah diri yang mulia,berbudi pekerti, berhemah
dan cintakan ajaran Islam.
b) Mewujudkan
suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramalibadah demi menyemarakkan
amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan
ukhrawi
Di harap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan