Unit Disiplin telah mengadakan program Kem Kepimpinan
Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua
kelas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas
harian mereka
Tujuan Kem Kepimpinan ini diadakan ialah bagi
mencapai objektif berikut:
1. 1. Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas
yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang
seimbang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
2. Memupuk gaya kepimpinan, semangat kerjasama dan berdikari
dalam diri setiap peserta.
3. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
4. Memberi pendedahan tentang pengalaman dan kemahiran untuk
para peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap.
5. Membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni dalam diri setiap
peserta.
6. Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap
peserta.
Program ini telah dilaksanakan pada
29 Januari hingga 31 Januari 2016 ( Jumaat – Ahad) bertempat di As Sakinah Training & Camp, Kg.Cherok Paloh, Kuantan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Latihan dalam kumpulan (LDK) Ceramah ,Malam kebudayaan,
Explorace, Kembara malam, Solat fardu berjemaah, Kuliah maghrib/subuh , Jungle
Tracking, Masakan Rimba (Survival) dan Latihan Jasmani/ senamrobik
Seramai
lebih kurang 60 orang pelajar telah mengikuti program ini yang terdiri dari
pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas perpustakaan sekolah.
Manakala sejumlah 10 orang guru pula terlibat sebagai
fasilitator dan pengiring dalam mejayakan program ini.
Secara keseluruhan, program yang berlangsung selama 3 hari ini dapat
berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari pelajar dan guru.
Di harap usaha ini dapat membina sikap yang positif secara berterusan dalam diri
pelajar dan mampu menjadi contoh kepada pelajar lain.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Rizalmi selaku Penyelaras projek yang berjaya menjalankan projek ini dengan baik. Terima kasih juga kepada Cg Khairun, Cg Norhashima, Cg Fikriyyah, Ustaz Hairuldin dan cikgu-cikgu lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.. Terima kasih cikgu.........