Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, February 27, 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE 8 TAHUN 2016

Sukan tahunan sekolah telah diadakan bermula 23hb hingga 25 hb Februari 2016 (Selasa hingga Khamis). Pelbagai acara permainan, balapan dan padang telah pun dipertandingkan. Melalui kejohanan sebegini pelajar boleh memperlihatkan kebolehan mereka dalam bidang kesukanan selain mencapai akademik yang baik. 
Antara permainan yang telah dipertandingkan pada hari pertama kesukanan ialah Permainan bola jaring yang diadili oleh Cg Norkhamisa dan Ustazah Nurul Suhaida, permainan bola sepak yang diadili oleh Cg Farid Abdillah dan Cg Azizol, dan permainan bola tampar yang diadili oleh Ustaz Hairoldin, Cg Rizalmi dan Cg Fikriyyah. Pada hari kedua kejohanan telah diadakan pertandingan acara padang dan saringan acara balapan. Bagi pertandingan acara padang telah dipertandingkan acara lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi kategori A dan B. Manakala saringan acara balapan pula ialah larian 100m, 200m, 400m dan 4 X 100m. 
Pada hari ketiga kesukanan pula diadakan pertandingan akhir lompat jauh, lempar cakera dan semua acara balapan. Selain itu pertandingan perbarisan rumah, pertandingan maskot dan rumah sukan juga telah diadakan. 













Tahniah kepada Cg Khairun , Cg Mohd Rizalmi dan Ustaz Ahmad Kamal yang bertungkus lumus dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar . Terima kasih kepada semua para guru dan pelajar yang telah memberikan komitmendan kerjasama yang baik sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.