Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, August 10, 2018

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SMA AL-HASANAH 2019


Assalamualaikum.

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2019 ke SMA al-Hasanah Keratong 1,  Bandar Tun Abd  Razak mula dibuka pada 13 Ogos 2018 (Isnin) dan ditutup pada 20 Oktober 2018 (Sabtu).

Permohonan boleh dibuat secara atas talian  DI SINI atau boleh dapatkan borang permohonan tersebut di pejabat sekolah Hari Isnin hingg Jumaat, daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Wan Harun  Wan Ali atau En. Norfarisham bin Norhan di talian 09-4458088.

Sila klik DI SINI untuk maklumat Temuduga.

Wednesday, January 31, 2018

SOLAT GERHANA BULAN 31 JANUARI 2018

Sempena Fenomena Gerhana bulan yang berlaku pada 31 Januari 2018, Unit Kerohanian SMA Al Hasanah telahpun mengadakan Solat Gerhana Bulan bagi mendedahkan pelajar kepada cara solat Gerhana Bulan. Majlis yang bermula dengan Solat maghrib , diikuti dengan bacaan Al Quran sebagai pengisian program seterusnya  dengan Solat Gerhana Bulan. Sebelum melaksanakan Solat tersebut pelajar terlebih dahulu didemonstarsikan cara pelaksanaan solat oleh Ust. Mohd Abdul Hafiz. Manakala Penyelaras SUMUR Ust. Ahmad Shahi Mohammad Shah telah membaca khutbah bagi solat berkenaan. Program itu turut dihadiri oleh Pengetua SMA Al Hasanah Ust Wan Jamaludin B. Wan Bidin, Ustaz Zulkhairil dan Cikgu Khairun..
 

Taklimat Solat


Antara yang hadir

Demonstrasi Solat 

Bacaan Khutbah

Keadaan Bulan pada jam 7.55 malam


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar bagi tahun 2018 telah diadakan pada hari Isnin 29 Januari 2018 bertempat di dewan terbuka SMA Al Hasanah. Bersempena majlis itu juga telah diadakan Perasmian Anti Buli, LGBT dan Kotak Aduan Sekolah bagi tahun 2018. Perasmian telah dilaksanakan oleh Sarjan Kamaruzaman Bin Mohamed Saidi (Pemangku Ketua Balai Polis Bandar Tun Razak). Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG En Mohd Lazim Bin Hj Ahmad, Pengetua SMA AL Hasanah, Ust Wan Jamaludin B. Wan Bidin, PK1 Ustaz Abu Pzize B Hassim, PK HEM Ust Wan harun B Wan Ali dan PK Koku USt Mazlan B Awang.







Majlis pelantikan pemimpin pelajar ini terbahagi kepada beberapa kategori antaranya pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas SPBT, Pengawas Bestari, Pengawas PSS, Ketua Dorm, Ketua Badar, PRS dan Pengawas Sekolah. TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah dilantik.....Semoga dengan pelantikan ini pelajar yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

Saturday, January 27, 2018

PERASMIAN SUMUR PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2018

Perasmian SUMUR peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 25 Januari 2018. Perasmian ini telah dihadiri oleh PK HEM Ustaz Wan Harun Bin Wan Ali, PK Pentadbiran Ustaz Abu Pzize Bin Hassim, Penyelaras SUMUR Ustaz Ahmad Shahi Bin Mohammad Shah serta dua orang pelajar SMA Al Hasanah, Mohd Syaufi Roslan dan Mohd Shauqi Rosli. Antara aktiviti yang telah diadakan sempena Pelancaran Perasmian SUMUR peringkat Negeri ialah  pameran aktiviti SUMUR oleh sekolah-sekolah yang telahpun melaksanakan Program SUMUR di sekolah.  Melalui pameran ini juga dapat memberi gambaran awal kepada sekolah menengah kebangsaan  yang juga ingin melaksanakan Program SUMUR di sekolah mereka.

 


  


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini...