Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, January 31, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar bagi tahun 2018 telah diadakan pada hari Isnin 29 Januari 2018 bertempat di dewan terbuka SMA Al Hasanah. Bersempena majlis itu juga telah diadakan Perasmian Anti Buli, LGBT dan Kotak Aduan Sekolah bagi tahun 2018. Perasmian telah dilaksanakan oleh Sarjan Kamaruzaman Bin Mohamed Saidi (Pemangku Ketua Balai Polis Bandar Tun Razak). Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG En Mohd Lazim Bin Hj Ahmad, Pengetua SMA AL Hasanah, Ust Wan Jamaludin B. Wan Bidin, PK1 Ustaz Abu Pzize B Hassim, PK HEM Ust Wan harun B Wan Ali dan PK Koku USt Mazlan B Awang.







Majlis pelantikan pemimpin pelajar ini terbahagi kepada beberapa kategori antaranya pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas SPBT, Pengawas Bestari, Pengawas PSS, Ketua Dorm, Ketua Badar, PRS dan Pengawas Sekolah. TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah dilantik.....Semoga dengan pelantikan ini pelajar yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.