Friday, September 29, 2023
PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2024 KE SMA AL-HASANAH KERATONG 1, BANDAR TUN ABD RAZAK ROMPIN
Monday, December 12, 2022
KEPUTUSAN TEMU UJI AMBILAN TINGKATAN 1 SMA AL HASANAH TAHUN 2023
Assalamualaikum WBT...
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan anak Tuan/Puan ditawarkan ke SMA al-Hasanah bagi Tahun 2023. Moga anak tuan/puan cemerlang di SMA al-Hasanah. Insyaa Allah. Surat Tawaran daripada SPI JPN Pahang akan dihantar kepada Tuan/Puan dalam masa terdekat.
Bagi CALON BERJAYA, mohon KLIK BORANG PENGESAHAN untuk pengesahan MENERIMA/MENOLAK TAWARAN.
Maklum balas berkenaan hendaklah sampai kepada pihak sekolah SEBELUM atau PADA 17 Dis. 2022 ATAU pihak sekolah beranggapan bahawa tuan/puan telah menolak tawaran berkenaan.
*INFO PENTING*
1- Memaklumkan SEGERA kepada pihak sekolah sekiranya menolak kerana menerima tawaran baharu dari sekolah lain setelah keputusan keluar. Ini untuk memberi ruang dan pertimbangan kepada pelajar yang membuat rayuan masuk ke SMA al-Hasanah.
2- Group ibubapa untuk pelajar berjaya akan diwujudkan pada Jan. 2023.
3- Surat tawaran akan dikeluarkan oleh JPN Pahang pada Feb. 2023.
4- Info lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
5- Sebarang pertanyaan boleh berhubung ditalian 0129815201 ( PK HEM ) SMA alHasanah.
SENARAI PELAJAR BERJAYA TEMU UJI TINGKATAN 1 TAHUN 2023
Monday, September 26, 2022
PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2023
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2023 KE SMA AL-HASANAH KERATONG 1, BANDAR TUN ABD RAZAK ROMPIN
Tarikh mula dibuka : 3 Okt. 2022 (Isnin)
Tarikh tutup : 20 Nov. 2022 ( Ahad ).
Semakan Keputusan : 12 Dis. 2022 (Isnin)
Info Temu Uji :
Ujian akan dijalankan secara dalam talian ( online) dan rakaman video bacaan al-Quran .
Ujian Bacaan al-Quran : 21-25 Nov. 2022
Ujian bertulis dalam talian : 26 Nov. 2022 (Sabtu)
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan
Borang PermohonanATAU boleh layari laman web SMA al-Hasanah di pautan
http://hemalhasanah.blogspot.com//
Borang permohonan juga boleh diperolehi di balai pengawal keselamatan sekolah bermula 8.00 pagi - 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
-Pejabat Sekolah 09-4458088
-En Wan Harun (PK HEM ) 012-9815201
-Pn Norkhamisa 011-3179 7503
Catatan :
Surat panggilan Temu Uji TIDAK DIHANTAR kepada calon. Pihak sekolah akan mewujudkan Group WhatsApp Ibubapa Penjaga Calon yang memohon untuk menyalurkan info terkini temu uji. Pastikan ibubapa penjaga mengisi no telefon yang ada WhatsApp semasa memohon.
Untuk info lanjut temu uji boleh tekan pautan http://hemalhasanah.blogspot.com//
Tuesday, January 4, 2022
KEPUTUSAN TEMU UJI TINGKATAN 1 SMA AL HASANAH TAHUN 2022
Assalamualaikum WBT...
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan anak Tuan/Puan ditawarkan ke SMA al-Hasanah bagi Tahun 2022. Moga anak tuan/puan cemerlang di SMA al-Hasanah. Insyaa Allah. Surat Tawaran daripada SPI JPN Pahang akan dihantar kepada Tuan/Puan dalam masa terdekat.
Mohon KLIK https://forms.gle/6WWGnQwYQqMuxswm8 untuk pengesahan.
Maklum balas berkenaan hendaklah sampai kepada pihak sekolah SEBELUM atau PADA 9 Jan. 2022 ATAU pihak sekolah beranggapan bahawa tuan/puan telah menolak tawaran berkenaan.
Pengetua
SMA Al-Hasanah
Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang
Berikut ialah senarai nama calon pelajar yang telah berjaya.. TAHNIAH.....
CALON PELAJAR LELAKI
CALON PELAJAR PEREMPUAN

