Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, December 29, 2014

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 SMA AL-HASANAH


Berikutan pengumuman penangguhan sesi persekolahan seluruh negara ke tarikh 11 Januari 2015 (Ahad) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala 12 Januari 2015 (Isnin) bagi negeri-negeri lain, SMA al-Hasanah memaklumkan bahawa pendaftaran pelajar Tingkatan 1 adalah pada 11 Januari 2015, jam 10.00 pagi, manakala pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 pada jam 2.30 petang.

Harap maklum.



Monday, December 15, 2014

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2015 SMA AL-HASANAH YANG DITAWARKAN ASRAMA

Sukacita dimaklumkan bahawa SMA al-Hasanah telah membuat pemilihan pelajar Tingkatan 1 yang ditawarkan asrama bagi tahun 2015. Seramai 36 orang pelajar Tingkatan 1 telah dipilih.


Sila semak senarai berkenaan di sini.....

Sebarang pertanyaan atau rayuan, bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

SENARAI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 1 TAHUN 2015

SENARAI PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1 TAHUN 2015

Monday, December 8, 2014

SELAMAT DATANG KE SMA AL-HASANAH

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 yang telah terpilih juga kepada guru yang berpindah masuk ke sekolah ini. Ucapan selamat bertugas kepada guru yang berpindah ke sekolah lain menjelang 2015.

Ucapan penuh pengetua, klik di sini....

TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH DALAM SENARAI PENGAMBILAN PERTAMA DAN SELAMAT DATANG KE SMA AL-HASANAH

Pihak SMA al-Hasanah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon yang telah terpilih ke Tingkatan 1 Tahun 2015. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat tawaran rasmi berkenaan dalam masa terdekat. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2015 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 4 Januari 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Makan, Asrama SMA al-Hasanah

Sila berhubung dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat berhubung pendaftaran dari semasa ke semasa.

Peraturan Membawa makanan dan minuman ke asrama

Etika Pakaian pelajar asrama

Senarai peralatan asrama lelaki

Senarai peralatan asrama perempuan

Peraturan asas Asrama