Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, July 8, 2014

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada semua warga SMA al-Hasanah . Tak lupa juga kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar. Maaf dipinta kerana agak lama tidak meng"update" blog ini. al-Maklum berhempas pulas di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland selama tiga minggu lebih menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan sempena Kursus NPQEL. Kursus Fasa Pertama yang amat mencabar tahap kebolehan dan kepimpinan saya mulai 8 Jun hingga 2 Julai 2014 yang lalu, alhamdulillah selesai dengan jayanya. Namun ada lagi assignment yang masih dalam garapan penulisan. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan walaupun agak terlewat yang hari ini telah masuk hari yang ke-10. Semoga semua kita beroleh rahmat dan pengampunan Allah SWT.

SELAMAT BERPUASA


Tuesday, May 27, 2014

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014

Bahagian Hal Ehwal Murid SMA al-Hasanah mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru SMA al-Hasanah yang akan mula bercuti pada 28 Mei 2014 hingga 15 Jun 2014.

namun demikian bagi pelajar Tingkatan 1A (Tahfiz), 2A (Tahfiz), Tingkatan 3 dan 5 masih terus berada di sekolah bagi mengikuti kelas tambahan (Pecutan Awal) selama 3 hari bermula esok, Rabu 28 Mei 2014.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang masih setia dan berkobar-kobar melaksanakan kelas tambahan Pecutan Awal berkenaan. Semoga usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil.

SELAMAT BERCUTI

CUTI, CUTI JUGA...... BUKU TETAP DIBUKA!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 21, 2014

PANORAMA SMA AL-HASANAH

Lihatlah pemandangan sekitar sekolah. Walau nampak agak uzur namun semangat warganya tetap membara.
Laluan Utama dilihat dari pintu pagar sekolah

Pejabat Pentadbiran Sekolah

Lagi panorama sekolah, Klik di sini

Tuesday, May 13, 2014

MENYUMBANGLAH UNTUK DANA KECEMERLANGAN SMA AL-HASANAH

SMA al-Hasanah menjemput semua ibu bapa, bekas pelajar dan individu dermawan menyumbang kepada Dana Kecemerlangan SMA al-Hasanah. Sumbangan para dermawan semua adalah amat dihargai dan moga menjadi amal yang dilipatgandakan oleh Allah.