Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, October 10, 2015

PROGRAM WARGA EMAS KERATONG 1



               Bersempena Program Warga Emas Keratong 1,  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Al Hasanah telah menjemput seorang peneroka untuk memberikan motivasi kepada pelajar SMA Al Hasanah pada hari Isnin , 14 September 2015. Beliau ialah Encik Mohd Nasir B. Latiff, peneroka dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak.
                    
               Beliau telah menceritakan pengalaman hidup beliau sebagai seorang peneroka untuk dijadikan motivasi  kepada pelajar dimana kesusahan telah menjadikan beliau berusaha untuk meningkatkan pencapaian diri, selain cuba mendidik anak beliau agar menjadi orang yang berjaya dalam hidup. 
Penyampaian cenderahati oleh GPK Kokurikulum,Tn Hj Mazlan Awang kepada En. Mohd Nasir B. Latiff

                 Diharap dengan motivasi melalui pengalaman hidup ini, dapat membantu membina semangat pelajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjaya dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu.

PERASMIAN VLE FROG DAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN



           Bagi meraikan bulan kemerdekaan yang lalu beberapa acara telah diadakan di SMA Al Hasanah bagi mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar .             
           Bersempena dengan penutupan bulan kemerdekaan ini, majlis perasmian penutupan bulan kemerdekaan dan perasmian VLE Frog telah  diadakan pada 11 September 2015 (Jumaat).
            Sepanjang bulan ogos dan September pihak sekolah telah mengadakan beberapa pertandingan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme untuk memupuk nilai cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
           Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan syair, sajak, pakaian patriotik, nyanyian koir, melukis poster,membina menara, merekabentuk pamphlet dan pertandingan video patriotik. Disamping membina semangat patriotik , pertandingan ini juga dapat menjana idea dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu karya yang baik dan menarik. 
 
Aktiviti membina menara

Pertandingan Syair




Antara pamphlet merdeka yang dihasilkan pelajar


 
Hasil lukisan poster pelajar 


Perasmian VLE Frog oleh Tuan pengetua Tn Hj Wan Jamaludin B Wan Bidin

Wednesday, September 23, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1436H/2015M


Sekolah mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SMa al-Hasanah.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Wassalam.

Thursday, September 10, 2015

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENTAKSIRAN PT 3




Hari terakhir Peperiksaan Percubaan Pentaksiran PT3 di SMA al Hasanah.
 
Peperiksaan Percubaan Pentaksiran PT3 ini telah diadakan selama empat hari bermula 7 September hingga 10 September 2015.
 
Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap persediaan pelajar sebelum menghadapi PT3 sebenar yang dijangka bermula pada 12 Oktober 2015.
 
Selain itu ia juga bertujuan untuk melihat sejauh mana pelajar berjaya mengaplikasikan teknik menjawab soalan dengan  betul yang telah disampaikan oleh guru mata pelajaran PT3.
 
Pendedahan pelajar kepada peperiksaan ini juga adalah sebagai langkah  persediaan dari segi mental dan fizikal pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang sebenar kelak. Tahniah untuk semua guru  yang berusaha dan bekerjasama dengan baik bagi menjayakan peperiksaan percubaan ini.



Pelajar tekun menjawab kertas peperiksaan Bahasa Arab