Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, March 11, 2014

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 bermula dari 1 Februari 2013  sehingga 30 Mei 2013. Terbuka kepada murid warganagera yang berumur 8 hingga 15 tahun. Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1. Murid-murid Islam berumur 8 tahun yang mengambil ujian UKM1 ini akan dinilai juga untuk kelayakan Ujian UKM2 PERMATApintar dan Ujian USIM1 Permata Insan nanti.


Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,
Selangor, Malaysia

Tel: +603-8921 7503
Faks: +603-8921 7525
E-Mail: permatapintar@ukm.my

Monday, March 10, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMA al-Hasanah Tahun 2014

SMA al-Hasanah telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah pada hari ini Isnin, 10 Mac 2014. Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ust Abu  Pzize bin Hassim di Tapak Perhimpunan sekolah. Program ini akan berterusan selama seminggu mulai 10 hingga 14 Mac 2014.

Di majlis pelancaran ini, telah dibacakan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri sempena Minggu Anti Dadah dan slot SLIM Anti Dadah iaitu Slot Lima Minit anti-Dadah. Slot ini akan dibacakan pada setiap hari sehingga 14 Mac 2014 selama lima minit.

Sepanjang seminggu kempen anti dadah, pihak sekolah telah menyediakan beberapa program seperti pertandingan melukis poster anti dadah, penulisan esei anti dadah, kuiz anti dadah, ceramah serta pameran. Program ini turut melibatkan AADK Rompin, Pejabat Kesihatan,  pihak Polis dan Penjara Rompin.

Diharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya najis dadah dan seterusnya menghindarkan diri daripada bahaya najis dadah ini. Setakat ini, al-hamdulillah, SMA al-Hasanah masih bebas daripada gejala dadah berdasarkan pemeriksaan air kencing yang diadakan di sekolah ini setiap tahun termasuk yang terakhir pada 4 Mac 2014 yang lalu.

 



Majlis Muafakat Ibu Bapa Penjaga dengan Sekolah

Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan pihak sekolah telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Saimon bin Siraj itu telah dihadiri oleh hampir 140 orang ibu bapa dan penjaga yang begitu teruja dengan lafaz ikrar kecemerlangan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PPMR, SMA dan SPM pada tahun ini.

Ikrar Kecemerlangan yang diketuai oleh Ketua Pelajar, adik Muhammad Faris Aizat bin Mohd Azali telah dilaungkan oleh semua pelajar dengan penuh bersemangat dan menyentuh hati hadirin. Diharap laungan ikrar yang dilafazkan itu lahir dari lubuh hati yang suci dan ikhlas dan akan menyemarakkan lagi perjuangan mereka menghadapi peperiksaan masing-masing.

Majlis muafakat diakhiri dengan sesi interaksi akademik yang memberi peluang kepada ibu bapa bertemu dan berbincang dengan guru-guru bagi mengenalpasti perkembangan anak masing-masing khusunya dari aspek akademik.

Ibu bapa yang ditemui merasa teruja dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi dari semasa ke semasa. Seorang bapa menyatkan rasa tertarikh dengan pelaksanaan program merit demerit yang dimulakan pada tahun ini dan berharap ianya dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap disiplin dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Thursday, March 6, 2014

MAJLIS MUAFAKAT IBU BAPA DAN PENGURUSAN SMA AL-HASANAH 2014

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga ke Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan Pihak sekolah yang akan dilaksanakan pada 8 Mac 2014, Hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi.

Di majlis yang akan dirasmikan oleh YDP PIBG tersebut, pihak sekolah akan membentangkan perancangan program peningkatan prestasi sekolah sama ada dari aspek akademik, sahsiah, disiplin, kerohanian maupun kokurikulum.

Pihak sekolah mengharapkan kehadiran semua ibu bapa bagi menunjukkan solidariti ibu bapa dengan pihak sekolah berhubung pembangunan dan kecemerlangan anak masing-masing. Kehadiran ibu bapa juga akan menjadi penyuntik semangat kepada semua pelajar terutama dalam menghadapi peperiksaan utama sekolah iaitu PPMR bagi pelajar Tingkatan 3, SMA bagi Tingkatan 4 dan SPM bagi pelajar Tingkatan 5.

Majlis tersebut juga cukup bermakna kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama sekolah yang akan melafazkan ikrar kecemerlangan di hadapan ibu bapa masing-masing di akhir majlis itu nanti. 

Pihak sekolah turut menganugerahkan markah merit kepada pelajar dengan kehadiran ibu bapa masing-masing ke Majlis Muafakat Ibu Bapa ini.

Sebarang pertanyaan berhubung kehadiran ibu bapa bolehlah terus berhubung dengan pihak sekolah di talian 09-4458088.

Agenda Majlis Muafakat IBu Bapa-Sekolah

8.00 - Pendaftaran
8.30 - Majlis muafakat bermula
          Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SMA al-Hasanah
          Pembentangan Program Kecemerlangan Sekolah oleh Pengetua SMA al-Hasanah
          Majlis Lafaz Ikrar Kecemerlangan Pelajar PPMR, SMA dan SPM
          Interaksi Akademik PPMR, SMA dan SPM Sekolah bersama Ibu bapa/Penjaga
          Jamuan Ringan
11.00-Bersurai.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT